Kerajaan Warisan Beri Sumbangan Facemask dan Hand Sanitizer Kepada Semua IPTA/IPTS Di Sabah.

Click Share Now!

YB Datuk Dr Yusof Bin Hj Yacob , Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah mengambil kesempatan bertemu dengan wakil wakil pengurusan IPTA/IPTS Sabah hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ketua Penerangan Parti Warisan itu telah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan face mask dan hand sanitizer kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Sebanyak 20 IPTA/IPTS di Negeri Sabah menerima sumbangan itu mengikut keperluan dengan jumlah keseluruhan 481 kotak face mask dan 481 botol sanitizer 100ml.

YB Datuk Yusof cukup prihatin dengan keadaan semasa yang terjejas akibat covid-19. Terdapat Sekitar 600 ribu orang yang terdiri daripada pelajar , guru guru, kakitangan sekolah dan pengurusan di Sabah akan memasuki sekolah dan pejabat sekiranya sekolah akan mula dibuka semula.

Beliau menasihati semua rakyat Sabah khasnya untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan serta sentiasa mematuhi arahan arahan oleh pihak berkuasa agar rantaian covid-19 ini akan dapat segera diputuskan.

Click Share Now!

Leave a Comment